Suatu ketika, saat sedang
tertidur di halaman Ka’bah setelah Allah menyelamatkan Abdul Muttalib dari
serangan Abrahah, ia melihat suatu mimpi yang menakjubkan. Ia pun terbangun
ketakutan, dan mendatangi para peramal Quraisy, untuk menceritakan mimpinya. Mereka
pun berkata padanya, “Mimpi itu adalah mimpi yang benar, akan muncul dari
sulbimu seseorang yang seluruh penduduk Langit dan Bumi akan percaya padanya,
dan seseorang yang akan menjadi sangat terkenal.” Saat itu, Abdul Muttalib
menikahi Fatimah, dan ia mengandung ‘Abdullah. Dari Al Zabiih (RA), yang
ceritanya amat masyhur.
Beberapa tahun kemudian, saat mereka pulang kembali ke rumah
setelah mengorbankan seratus ekor unta sebagai qurban untuk menyelamatkan
hidupnya, ‘Abdullah (RA) dan ayahnya melewati seorang peramal Yahudi bernama
Fatima. Ketika ia memandang wajah ‘Abdullah (RA), yang saat itu adalah seorang
laki-laki paling tampan dalam suku Quraisy, ia berkata, “Aku akan berikan
padamu unta-unta sejumlah yang sama dengan yang telah diqurbankan untukmu, jika
kau mahu berhubungan badan denganku sekarang.” Peramal wanita itu berkata
seperti ini kerana ia melihat di wajah ‘Abdullah, cahaya kenabian (nuur
Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam), dan ia berharap
ialah yang akan mengandung nabi termulia ini. ‘Abdullah (RA) menjawab,
“Berkenaan dengan haram, kematian adalah lebih utama,
dan aku tidak melihat satu halal pun dalam pandangan,
dan tentang apa yang kau minta,
seorang yang terhormat haruslah menjaga kehormatan dan
agamanya.”
Pada hari berikutnya, ‘Abdul Muttalib membawa ‘Abdullah untuk
bertemu dengan Wahab ibn Abd Manaaf, yang merupakan pimpinan dari Bani Zuhra,
tuan mereka dalam silsilah dan asal usul. ‘Abdul Muttalib menikahkan ‘Abdullah
(RA) dengan putri Wahab, Aaminah (RA), yang merupakan wanita terbaik dalam suku
Quraisy, baik dalam silsilah mahupun kelahirannya. Mereka menjadi suami dan
isteri di hari Isnin, di salah satu hari Mina, di suatu jalan gunung milik Abu
Talib. Dan Aminah pun mengandung Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam.
Pada hari berikutnya, ‘Abdullah (RA) pergi keluar dan melewati
wanita yang pernah melamarnya sebelumnya. ‘Abdullah bertanya padanya, “Mengapa
kau tidak menawarkan padaku hal apa yang pernah kau tawarkan padaku kemarin?”
Wanita itu menjawab, “Cahaya yang kau bawa kelmarin telah meninggalkanmu;
kerana itu, aku tak membutuhkanmu lagi hari ini. Aku sempat berharap untuk
memiliki cahaya itu dalam diriku, tapi Allah menghendakinya untuk ditaruh di
tempat yang lain.”
Begitu pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam terjadi, begitu banyak pula keajaiban
mulai terjadi pada Aminah. Sahl ibn ‘Abdullah al-Tustari berkata, “Saat Allah
menciptakan Muhammad sall-Allahu ‘alayhi wasallam dalam rahim ibunya, di suatu malam
Jumaat dalam bulan Rajab, Allah SWT memerintahkan Ridwan, Penjaga
Syurga-syurga, untuk membuka Syurga Tertinggi. Seorang penyeru mengumumkan di
seluruh Langit dan Bumi bahawa cahaya tersembunyi yang akan membentuk Sang Nabi
Pembimbing akan berdiam, pada malam itu juga, dalam rahim ibunya, di mana
penciptaannya akan disempurnakan. Diwahyukan pula bahawa ia akan muncul sebagai
seorang pembawa khabar gembira dan sebagai pemberi peringatan.”
Diriwayatkan oleh Ka’ab Al-Ahbaar (RA), bahawa pada malam
pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam tersebut, diumumkan di Langit dan
seluruh tingkatannya, dan juga di bumi dan segenap sudutnya, bahawa cahaya tersebunyi,
dari mana sang Nabiyallah sall-Allahu ‘alayhi wasallam diciptakan, akan mendiami rahim
Aminah.
Juga, pada hari itu pula, seluruh berhala-berhala di muka bumi
terbalik atas ke bawah. Suku Quraisy yang tadinya menderita kerana kekeringan
yang parah dan penderitaan yang berat, melalui peristiwa yang barakah ini, bumi
menjadi hijau dan pohon-pohon pun berbuah, dan barakah datang pada mereka dari
segala arah. Kerana tanda-tanda barakah ini, tahun saat mana Muhammad sall-Allahu
‘alayhi wasallamdibuahkan dikenal sebagai Tahun
Kemenangan dan Kebahagiaan.
Ibn Ishaq meriwayatkan bahawa Aaminah (RA) biasa mengatakan
bagaimana ia telah dikunjungi oleh para malaikat ketika ia sedang hamil dan
mengandung Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam,
dan ia diberitahu, “Engkau sedang mengandung seorang Tuan Pemimpin dari Ummat
ini.” Aminah pun berkata, “Aku tak pernah merasakan bahawa diriku tengah hamil
dan mengandungnya, dan aku tak pernah mengalami kesulitan-kesulitan atau
mengidam makanan seperti yang dialami wanita lainnya; aku hanya memperhatikan
bahawa haidku telah berhenti. Suatu saat, seorang malaikat datang kepadaku di
saat aku dalam keadaan antara tidur dan terjaga, dan ia berkata, ‘Apakah engkau
merasa bahawa dirimu tengah mengandung Penghulu seluruh manusia?’, lalu ia pun
meninggalkanku. Saat waktu kelahiran makin mendekat, ia datang lagi dan
berkata, ‘Katakanlah: Aku memohon perlindungan baginya dengan Yang Esa dari
kejahatan setiap orang yang dengki, dan menamainya Muhammad.’ ”
Ibn ‘Abbas (RA) berkat, “Salah satu di antara mu’jizat-mu’jizat
pembuahan Nabi sall-Allahu ‘alayhi wasallam adalah pada malam itu, setiap ekor
haiwan-haiwan milik Quraisy berbicara dan mengatakan, ‘Demi Tuhan dari Ka’bah,
Utusan Allah telah dibuahkan pada rahim ibunya. Dialah pemimpin alam dan cahaya
dari penghuni-penghuninya. Tak ada satu pun singgasana milik raja mana pun di
dunia ini yang tidak terbalik atas ke bawah pada malam ini.’ Haiwan-haiwan liar
dari timur bergegas menemui haiwan- haiwan liar di barat menyampaikan khabar
gembira ini, dan seperti itu pula penghuni lautan dan samudera memberi salam
satu sama lain. Setiap hari pada bulan pembuahan beliau ini, ada suatu seruan
di Langit dan Bumi: ‘Bergembiralah, telah dekat waktunya ketika Abul Qasim akan
muncul, terberkati dan beruntung.'”
Riwayat yang lain mengatakan bahawa pada malam itu, setiap dan
seluruh rumah tercahayai, dan cahaya itu mencapai tempat mana pun dan setiap
serta seluruh haiwan pun berbicara.
Abu Zakariyya Yahia ibn Aa’its mengatakan, “Muhammad sall-Allahu
‘alayhi wasallam tinggal
dalam rahim ibunya selama sembilan bulan penuh, saat mana ibunya tak pernah
mengeluh sakit atau apa pun yang biasa dialami wanita hamil. Ibunya biasa
berkata, ‘Aku tak pernah melihat kehamilan yang lebih mudah daripada yang ini,
atau yang lebih barakah.'”
Ketika Aaminah (RA) berada dalam bulan kedua kehamilannya,
‘Abdullah wafat di Madinah di antara paman-pamannya dari Bani Al Najjar, dan ia
dimakamkan di Al Abwa’. Diriwayatkan pula bahawa ketika ‘Abdullah RA wafat,
para malaikat berkata, “Wahai, Tuhan dan Raja kami, Nabi-Mu telah menjadi
seorang yatim.” Allah berfirman, “Aku-lah Pelindung dan Pendukungnya.”
Sumber : https://smzblog.wordpress.com/
0 komentar: